Tudung Labuh Online Koleksi Terkini

Tampil kemas dan sopan dengan fesyen tudung labuh yang kemas dan cantik. Didatangkan dalam pelbagai pilihan warna dan rekaan. Berawning Berdagu Dan Bidang 60 . Selesa Dipakai Dan Tahan Lama KLIK SINI Untuk Maklumat Lanjut...


TEMPAHAN & PERTANYAAN
WHATSAPP DAN SMS

MAZNI AZMI 019 265 3791

Tuesday 3 May 2016

// // Leave a Comment

Koleksi Jubah Abaya Hitam 2016?

Koleksi Jubah Abaya Hitam 2016?

Assalamualaikum Wrmbth, jubah abaya memang sesuai digayakan bersama tudung besar muslimah.

Jubah memang sudah tidak asing lagi kepada lelaki dan wanita di Malaysia. Namun belum tentu masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya JUBAH ABAYA ini. 


Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah.

Abaya adalah pakaian labuh, yang longgar, berwarna hitam yang biasa dipakai muslimat di negara Timur Tengah.Abaya ini kebiasaannya dipakai di bahagian luar melindungi pakaian lain yang dipakai di bahagian dalam abaya sebelum mereka menghadiri aktiviti di luar rumah. 



Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'black over garment' atau 'black cloak' jika diterjemahkan maknanya 'selimut hitam'.

The abaya "cloak" (colloquially and more commonly, Arabic: عباية‎ ʿabāyah , especially in Literary Arabic: عباءة ʿabāʾah ; plural عبايات ʿabāyāt , عباءات ʿabāʾāt ), sometimes also called an aba, is a simple, loose over-garment, essentially a robe-like dress, worn by some women in parts of the Islamic world including in North Africa and the Arabian Peninsula.[1]

Traditional abayat are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet, and hands.
Mengikut Wikipedia, makna abaya ialah:The abaya "cloak" (Arabic: عباية‎ ʿabāyah or عباءة ʿabā'ah, plural عبايات ʿabāyāt) is long over garment essentially a robe-like dress, worn by some women in parts of the Islamic world.
It is considered an Arabic cultural dress integrated into the hijab, or Islamic dress, for many countries of the Arabian peninsula such as Saudi Arabia or United Arab Emirates, where it is the national dress.



Traditional abayat are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet, and hands. It can be worn with the niqāb, a face veil covering all but the eyes. Some women choose to wear long black gloves, so their hands are covered as well.

Di sana ia dipanggil 'Abaya', 'Swaeiyah' ataupun 'Daffa'. Ia pada dasarnya ialah sehelai kain (pakaian) yang dipakai di luar atau pun di atas pakaian lain bila wanita mahu keluar rumah. 

Sebahagian besar masyarakat di negara teluk menganggap abaya sebagai pakaian tradisi mereka namun di zaman ini abaya sudah menjadi pakaian global kerana di mana-mana saja ada muslimah yang memakai abaya. 

Abaya adalah pakaian yang sudah menjadi kebiasaan muslimat di Timur Tengah sebelum keluar dari rumah, dan kini abaya mula popular digayakan di kebanyakkan negara-negara Islam di seluruh dunia, termasuk di Asia misalnya Malaysia, Brunei dan Singapura.

Wanita Malaysia juga selesa berjubah abaya. Cuaca malaysia yang panas sesuai dengan busana ini

Pengaruh fesyen dan budaya Khalejia atau budaya wanita-wanita UAE yang sentiasa elegan memakai abaya kini menjadi fenomena di beberapa negara yang mempunyai jumlah umat Islam yang besar seperti Malaysia dan Indonesia.

Memanglah dulu hanya wanita Arab yang pakai abaya ni sebab ia menjadi pakaian tradisi mereka seperti baju kurung bagi kita. 


Tapi hari ni abaya telah menjadi pakaian wanita Islam di seluruh dunia kerana makin ramai Muslimah suka memakainya kerana sebab-sebab agama bukan kerana adat atau tradisi. 



Ini kerana abaya itu berwarna hitam dan hitam ialah satu warna pakaian sunnah. 


Selain itu abaya juga adalah longgar dan dipakai di atas pakaian sedia ada sebab itu ia dipanggil 'cloak' atau gebar/selimut yakni bila kita nak ke mana-mana hanya perlu menyarungkannya tanpa perlu menukar pakaian kita.


Tapi, jangan terkejut kerana ramai muslimah dari negara-negara bukan Islam pada hari ini gemar memakai abaya. Mereka telah menerima abaya sebagai pakaian Islam yang ringkas, elegan dan sangat memuaskan dalam menutup aurat.



Abaya sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa dan dalam pelbagai suasana mahupun keadaan.

Pemakaian abaya adalah amat bertepatan dengan ciri-ciri pakaian wanita Islam yang menepati syariat. 

Abaya menutup dan melindungi aurat wanita muslimah dengan baik. 


Selain itu, ianya memenuhi beberapa syariat Islam dalam berpakaian. Ini kerana sehelai abaya biasanya mempunyai beberapa ciri berikut:
  1. Kainnya tebal
  2. Warnanya hitam
  3. Ianya besar dan longgar
  4. Ianya labuh menutupi seluruh badan
  5. Ianya sopan
  6. Simbol wanita Islam
  7. ianya cukup labuh
  8. ianya tidak mengikut bentuk badan, longgar
  9. warna hitam
  10. tidak jarang, namun sebaiknya pakailah pakaian lain sebelum mengenakan abaya
  11. identiti wanita Islam
  12. ianya tebal dan tidak nipis

Pemakaian abaya kini begitu meluas dan tidak mengira pangkat mahupun peringkat usia.Dari golongan kanak-kanak, remaja hinggalah golongan dewasa sebahagian besarnya memilih abaya sebagai pakaian harian.Alhamdulillah.

Warna dan designnya yang ringkas mudah menambat hati sesiapa yang melihat, insyaAllah.


Pakaian sunnah, pakaian yang dipakai oleh Ummahatul Mukminin, pakaian wanita solehah  semakin digemari, Alhamdulillah.


Kenapa ianya adalah pakaian sunnah?


 Ini kerana wanita Islam digalakkan / disunatkan memakai pakaian yang berasaskan kepada warna hitam.


Namun, itu tidak bermakna warna lain tidak dibenarkan sama sekali.Apa yang penting warna itu adalah gelap dan tidak terlalu menonjol rekaannya.


Rekaan abaya juga mengalami revolusinya yang tersendiri.


Pada awalnya, rekaan abaya hanyalah kosong semata tanpa disulami sebarang manik mahupun sulaman berwarna.



Kini, ianya berubah mengikut peredaran zaman namun masih mengekalkan syariat wanita Islam dalam berpakaian, insyaAllah.


Yang penting di sini, kita sebagai wanita Islam perlu peka dan ambil tahu ciri-ciri yang betul dalam berpakaian mengikut syariat Islam, dan bukan hanya tahu membeli semata-mata.



Satu masa dulu rekaan abaya hanyalah sangat asas tapi hari ini kita boleh lihat abaya dalam pelbagai potongan, variasi fabrik, warna dan gaya. 

Dari segi potongan abaya juga terdapat pelbagai pilihan seperti 

  1. straight cut
  2. A cut 
  3. umbrella cut / princess cut



JUBAG ABAYA UMBRELLA CUT / PRINCESS CUT

Potongan abaya ini adalah kembang di bahagian bawah abaya seperti bentuk 'gown'. Antara rekaan abaya yang paling diminati muslimah masa kini.

Jubah Abaya Kembang Payung / Umbrella Cut



Sekarang ini ada pula 'Umbrella-Cut' atau 'Princess-Cut' yang bukaan bawahnya kembang luas tapi sangat feminin.
Wanita berpakaian jubah abaya umbrella cut akan kelihatan lebih tinggi dan langsing

Rekaan jenis ini jika di gabungkan dengan  fabrik hitam yang nampak mewah ini amat selesa sejuk dan lembut dipakai selain tidak menampakkan bentuk tubuh badan si pemakai. 

Kainnya agak berat yang mana ia membuatkan abaya yang digayakan nampak begitu terletak bila anda berjalan. 

Abaya dengan princess rekaan princes cut dengan atau 'umbrella' akan memberikan ilusi si pemakai nampak lebih langsing dan tinggi. 





JUBAH ABAYA A CUT


Manakala abaya berpotongan 'A-cut' dan 'Butterfly-cut' sangat terkenal di UAE dan Qatar yang biasanya dipanggil ABAYA DUBAI yang sangat elegan bila dipakai. 

Potongan jubah abaya A CUT adalah sesuai bagi muslimat yang bertubuh agak berisi di bahagian punggung/perut dan juga cutting ini sangat sesuai buat muslimat yang sedang mengandung.


Jubah Abaya Labuh A Cut Untuk Ibu Hamil


Jubah abaya a cut memberikan ruang yang luas untuk ibu hamil sepanjang tempoh mengandung

Ini kerana A CUT dibuat longgar dan besar di bahagian tersebut.Maka dapat melindung bentuk badan muslimat, insyaAllah.


STRAIGHT / NORMAL CUT

Sesuai untuk muslimat yang saiz badan biasa.

Ada abaya dipotong 'straight cut' seperti kebanyakan abaya dari Arab Saudi dan Indonesia. 


Hiasan abaya pula kalau dulu hanya kosong saja atau sekadar sedikit tambahan lis atau sulaman berwarna sama.

Hari ini banyak abaya dihiasi dengan tampalan kristal swarovski yang berkilauan, jahitan sulaman yang cantik berwarna-warni, jahitan manik dan labuci dan kini penggunakan pelbagai fabrik kontras pula.


Mungkin perkembangan fesyen abaya ini yang membawa imej kontemporari telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan usia dan pelbagai negara boleh menerima abaya sebagai pakaian harian atau pakaian eksklusif mereka.



Bagaimana Cik Puan Sesuai Memakai Jubah Abaya?


Sehelai abaya boleh dipakai untuk pelbagai aktiviti, suasana dan ke mana. 

Pemakainya hanya perlu pandai menambah aksesori atau mengubah gaya tudung malah hanya dengan menukar kasut dan beg tangan sudah cukup untuk menyesuaikan abaya itu dengan suasana baru. 



Bak kata, setiap wanita muslimah memerlukan abaya di dalam almari pakaian mereka. 


Ke pejabat boleh dipakai, ke majlis kenduri boleh, ke majlis makan malam boleh, ke masjid lagi....lah boleh, ke pusat membeli-belah pun boleh.


 katakan ke mana saja, abaya adalah pakaian yang paling sesuai.


Apa beza antara abaya dengan jubah?

Jubah


Perkataan jubah ini ialah panggilan orang Malaysia kepada jilbab iaitu sehelai baju labuh yang longgar dipakai oleh para wanita Islam sebagai pakaian luar untuk menutup aurat. 

Kini jubah telah mengalami transformasi yang amat besar dan dipakai oleh semua golongan wanita Islam. 


Dulu-dulu susah nak jumpa jubah yang berwarna selain dari warna hitam atau warna-warna gelap yang lain. 


Hari ni kita boleh melihat jubah direka dalam pelbagai warna dan corak.

Ini ialah makna Jilbab mengikut wikipedia:
The term jilbāb or jilbaab (Arabic جلباب) is the plural of the word jilaabah which refers to any long and loose-fit coat or garment worn by some Muslim women. They believe that this definition of jilbab fulfills the Quranic demand for a Hijab. Jilbab or Jilaabah is also known as Jubbah or Manteau (which is the French word for coat or mantle).

The modern jilbāb covers the entire body, except for hands, face, and head. The head and neck are then covered by a scarf or wrap (khimar). Some women will also cover the hands and face (niqab).




Jubah boleh dipakai sebagai pakaian luar atau umpama kot iaitu masih memakai pakaian lain di dalamnya seperti sepasang baju kurung, skirt labuh mahupun seluar panjang. 

Sebenarnya terserah kepada individulah nak pakai apa di sebalik jubah tu kan. 


Bahan jubah pula ialah jenis yang agak tebal kerana untuk memenuhi fungsinya menutup aurat dengan sempurna. 


Pilih yang jarang kan tak penuh syarat pulak terutama kalau kat dalam tu tak pakai apa-apa.


 Elakkan memakai jubah begitu saja tanpa sebarang alas kecuali 'petticoat' atau seluar kerana potongan jubah kini semakin mengikut bentuk badan, tidak selonggar zaman dulu.

Jika kita memilih jubah yang longgar maka insyaAllah terjagalah bentuk badan kita tu tapi jika sengaja memilih yang potongannya ada 'shape', ada 'dart' di belakang, maka nampaklah jubah itu mengikut bentuk badan kita. 

Pakailah apa saja busana asalkan ia memenuhi syarat pakaian wanita Islam iaitu menutup aurat dengan sempurna. 

Abaya

Abaya ni ialah secara fizikalnya sama saja dengan jubah ialah sehelai baju labuh yang longgar yang dipakai di atas pakaian lain bagi menutupi badan apabila keluar dari rumah. 

Abaya majoritinya berwarna hitam tapi ada juga yang berwarna-warni


Oleh kerana abaya ni warnanya hitam, pilihan materialnya adalah sangat penting. 

Antara kelebihan abaya yang dijahit di Dubai, Qatar dan Arab Saudi ialah bahan yang digunakan selesa dipakai di dalam cuaca panas seperti Malaysia. 


Kita semua tahu pakaian berwarna hitam menyerap haba dan sepatutnya panas.


Tapi bahan jubah abaya seperti crepe internet, nida, saloona, lexus, dan cobra (sekadar menyebut beberapa contoh kain) sangat selesa dipakai untuk cuaca panas. 


Ianya tidak terlalu tebal atau nipis kerana sifatnya sebagai pakaian luar jadi takde masalah untuk dipakai hari-hari.

Selain itu, potongan abaya Dubai (negara teluk) ni ialah jenis bentuk A dan 'princess cut' yang mana ia kembang ke bawah. 

Itulah yang menyelesakan bila berjalan. Potongan ini juga lebih berjaya mengelakkan bentuk punggung kelihatan. 


Nak tahu betul atau tidak kenalah tanya orang yang biasa memakainya. 


Ia berbeza dengan abaya yang dihasilkan di KSA, Indonesia dan Vietnam kerana potongannya lebih kepada lurus sebab itu ada abaya yang mempunyai belahan di kiri dan kanan kerana agak sempit.


POLA JUBAH ABAYA


Mungkin ada di antara pembaca yang ingin dapatkan pola jubah abaya.


Sama ada untuk belajar menjahit sendiri jubah abaya.


Atau mungkin juga untuk tujuan lain. Disini kami lampirkan pola jubah abaya A cut



Ini pula pola jubah abaya princess cut


Dan ini pula pola untuk jubah abaya moden. Pilih yang mana suka


Pola jubah abaya ini dikredit kepada:clouddragon.wordpress.com







Cik puan perlukan ilmu jahitan untuk membaca lukisan diatas. Buat sesiapa yang diberikan Allah swt kemahiran menjahit.


Memang banyak boleh dijimatkan dengan menjahit sendiri jubah abaya.


Maklumlah zaman sekarang harga barang melambung naik. Ini termasuklah harga jubah abaya di pasaran.
Read More
Mazni Azmi